Assalamualaikum and welcome to Kedai Buku Kanak-Kanak Online - MariBaca Bookstore

OUR WEBSITE SPECIALS ONLY APPLY TO WEBSITE ORDERS.

Utama  |  Kami  |  Hubungi  |  Aktiviti  |  Pesanan  |  Lokasi  | CD Kuliah Tok Guru | E-Book Artikel  |  Maklumbalas  |  Info

 

"Membaca Jambatan Ilmu"

Link

MariBaca Blog

Islamic Community Library

Read Aloud Kota Bharu

AkhbarDaily Online

Arabic Newspaper

 

Dapatkan Ebook Pertama Dalam Bahasa Melayu Mengenai Perniagaan Internet. Diiktiraf Pakar Internet Marketing, Penuh Dengan Panduan Langkah Demi Langkah

TERKINI!!

Dapatkan pelbagai produk terbaru keluaran Raihan Creative di MARIBACA

 

Klik di sini

Dapatkan VCD berguna untuk Pembelajaran anak-anak anda

 

Jangan Ketinggalan! Dapatkan Buku-Buku Bermutu Keluaran Goodwordkidz

untuk anak anda

 

 

Kategori

1 - 3 Tahun

4 - 8 Tahun

9 - 12 Tahun

Remaja

Keibubapaan

Pendidikan

Bisnes / Perniagan

Novel

Buku Motivasi

Buku Agama

Games @ Toys

Audio Video

Akhbar / Majalah

E-Book

 

 

 

ANAK SUKA MEMBACA: MULAKAN DARI SEKARANG!

"Buku adalah jendela pengetahuan. Namun, sayangnya tidak semua anak gemar membaca. Bagaimana caranya membuat anak kita gemar membaca?"

Buku adalah jendela pengetahuan. Dengan membaca buku, kita dapat menanam banyak maklumat, dapat melancong ke berbagai negara, bahkan ke dunia dongeng sekalipun. Pendeknya, dengan membaca, wawasan pengetahuan kita akan semakin luas. Namun, sayangnya tidak semua anak gemar membaca. Jadi, bagaimanakah caranya membuat anak kita menjadi seorang kanak-kanak yang gemar membaca?

Bacalah sesuatu kepada bayi di dalam kandungan.

Mengikut kajian dan pemerhatian para doktor dan ahli sains, bayi di dalam kandungan boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh ibunya. Jika kita inginkan anak yang Sihat, cerdas dan pintar, mulakan membaca untuk mereka dari sekarang. Ambillah sedikit dari masa 24 jam anda dengan membaca buku-buku yang baik untuk didengarkan kepada janin atau bayi anda. Insya-Allah tabiat sebegini akan lebih mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara ibu � anak dan bakal melahirkan anak-anak yang mencintai ilmu.

Kenalkan buku sejak dilahirkan.

Buku cerita yang sesuai untuk anak kecil adalah yang memiliki banyak gambar dengan tulisan yang sedikit. Gambar yang berwarna-warni akan lebih menarik daripada gambar yang hitam � putih. Apabila anak semakin besar dan pandai mengenali buku, biarkan mereka memilih buku yang ingin dibaca, sehingga dia lebih seronok dalam membaca. 

Bacalah buku cerita dengan menarik.

Dalam membaca cerita, usahakan agar sebaik mungkin anak dapat merasakan seolah-olah berada di dalam cerita tersebut. Bacalah dengan nada suara yang pelbagai disertai gerakan-gerakan badan yang berekspresi untuk membangun suasana yang hidup. Bahkan bayi pun dapat menikmati buku yang dibacakan, iaitu dari irama suara ibunya dan kehangatan tubuh pembaca yang memangkunya.

Ibu bapa sebagai model.

Orang dewasa terutamanya ibu bapa harus menjadi contoh yang baik. Bila orang dewasa gemar membaca, menyediakan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian dan mengatur suasana rumah yang menyokong untuk membaca, maka nescaya anak kita akan ikut gemar membaca.

"MEMBACALAH, DAN MEMBACALAH UNTUK ANAK ANDA. MEMBACA AKAN MENJAMIN ANAK-ANAK YANG LEBIH BERJAYA DI MASA HADAPAN"

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: wan_99@streamyx.com.
 Copyright © 2007 MariBaca Bookstore (KT0186217-W). All rights reserved www.kedaibuku.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:18:15 PM +0800.