Assalamualaikum and welcome to Kedai Buku Kanak-Kanak Online - MariBaca Bookstore

OUR WEBSITE SPECIALS ONLY APPLY TO WEBSITE ORDERS.

Utama  |  Kami  |  Hubungi  |  Aktiviti  |  Pesanan  |  Lokasi  | CD Kuliah Tok Guru | E-Book Artikel  |  Maklumbalas  |  Info

 

"Membaca Jambatan Ilmu"

Link

MariBaca Blog

Islamic Community Library

Read Aloud Kota Bharu

AkhbarDaily Online

Arabic Newspaper

 

Dapatkan Ebook Pertama Dalam Bahasa Melayu Mengenai Perniagaan Internet. Diiktiraf Pakar Internet Marketing, Penuh Dengan Panduan Langkah Demi Langkah

TERKINI!!

Dapatkan pelbagai produk terbaru keluaran Raihan Creative di MARIBACA

 

Klik di sini

Dapatkan VCD berguna untuk Pembelajaran anak-anak anda

 

Jangan Ketinggalan! Dapatkan Buku-Buku Bermutu Keluaran Goodwordkidz

untuk anak anda

 

 

Kategori

1 - 3 Tahun

4 - 8 Tahun

9 - 12 Tahun

Remaja

Keibubapaan

Pendidikan

Bisnes / Perniagan

Novel

Buku Motivasi

Buku Agama

Games @ Toys

Audio Video

Akhbar / Majalah

E-Book

 

 

 

Bila saya sepatutnya mula membaca buku kepada anak-anak?

Kami menganggap penting bagi anda untuk mula membacakan buku kepada anak-anak anda seawal yang mungkin. Lagi bagus jika lagi muda! Bagi anak-anak yang berumur 1 hari hingga 4 tahun, penting bagi anda untuk membaca berulang kali buku-buku yang mempunyai jalan cerita yang mudah diduga dan berulangan. Permulaan yang awal, menyemai minat anak-anak bagi ayat-ayat bertulis dan perkataan-perkataan yang disebut oleh ibu kerana anak-anak sudah dilatih sejak awal lagi untuk mendengar (listen) dan memerhati.

Berapa kerap saya patut membaca untuk anal-anak?

Kami percaya bahawa anda harus membaca untuk anak-anak anda sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Tetapkan satu waktu pembacaan yang terbaik ketika waktu siang atau petang yang anda boleh luangkan untuk berseronok dengan sebuah buku tanpa gangguan. Bagi kebanyakan keluarga, membaca nyaring (read aloud) adalah tradisi sebelum tidur. 

Bagaimana jika anak saya tidak berminat apabila saya membaca nyaring?

Memang kadang-kala anak-anak menunjukkan reaksi tidak berminat terhadap pembacaan anda dan ini boleh menjadikan anda lemah semangat. Jangan putus asa! Belajar untuk mendengar dan memahami memang memerlukan pengalaman. Sebenarnya, lebih banyak anda membaca, lebih banyak anak-anak anda belajar untuk meminati dan mendengar cerita anda. Anak-anak mempunyai perkembangan tindak-balas yang semulajadi terhadap pembacaan anda. Apabila usia nak-anak anda mencecah 6-7 bulan, dia akan seronok dan teruja dengan buku yang anda pegang dan akan cuba untuk menggunakannya, walaupun sebagai permainan untuk digigit. Ini adalah reaksi semulajadi. Setelah mencapai usia setahun, anak anda telah belajar untuk mendengar dan bercakap tentang buku yang anda pegang serta seringkali mereka akan menyebutkan perkara-perkara yang mereka kenali. Galakan patut diberikan kepada mereka. Cabaran lebih hebat tiba apabila anak-anak mula aktif. Apabila mereka mula berjalan, anak-anak lebih suka berjalan dan mengeksplorasi. Anda perlu menyusun semula jadual membaca ketika mereka hendak rehat iaitu waktu hendak tidur. Adalah menjadi keutamaan dan tanggungjawab anda untuk mengajar anak-anak tentang kehebatan dan nilai sebuah buku, walaupun usaha ini bukanlah mudah dan hasil kejayaannya bukanlah datang dengan sekelip mata tetapi pada masa hadapan anda akan berasa gembira dengan hasil usaha yang telah anda lakukan.

Adakah perlu untuk membaca kepada anak-anak yang lebih besar?

Sudah tentu! Anda perlu menjadi contoh teladan (role model) membaca kepada anak-anak yang masih kecil atau sudah besar. Untuk menjadi orang dewasa yang suka membaca,� perlulah mempunyai minat yang mendalam terhadap buku dan juga bahasa itu sendiri. Tambahan pula, saya sebagai guru, kami tahu bahawa dengan membaca, dapat memperbaiki ejaan, tatabahasa, bacaan dan gaya bahasa seseorang pelajar.

Bagaimana baca nyaring mengeratkan hubungan komunikasi antara anda dan anak anda?

Apa yang bagus tentang bahan bacaan yang baik ialah ia boleh diteruskan dengan perbincangan pendapat. Perbincangan antara anda dan anak ini boleh menjadi sangat ringkas seperti; apa kesudahan yang berlaku dalam cerita atau apa akan berlaku dalam klimaks cerita anda (ini membantu anda mengetahui apa anak anda fikirkan). Yang lebih baiknya, kemesraan mula dipupuk apabila anda dan anak-anak berkongsi idea bersama-sama. Perhubungan dan komunikasi begini mungkin tidak dapat dicapai jika bukan kerana sebuah buku. Ini kerana memang tidak mudah untuk mendapatkan anak berkongsi pendapat apatah lagi apabila anda tiba-tiba bertanya soalan seperti, �Apa sayang fikir tentang orang yang tiada tempat tinggal?�. Tapi sudah tentu anak-anak memberikan reaksi lebih positif dan spontan ketika anda berdiskusi tentang isu dalam buku yang anda bacakan.

Sebagai guru, kami selalu memilih buku yang mengandungi isu-isu yang seronok untuk dibincangkan kepada anak murid. Sebagai ibu bapa pula, saya turut melakukan perkara yang sama dalam memilih buku untuk dibacakan kepada anak-anak saya. Setelah beberapa tahun, memang sangat banyak topik yang telah kami bincangkan! Apabila anda meluangkan masa untuk berbincang tentang buku yang baru dibacakan, anda dapat tahu banyak perkara yang penting tentang perasaan dan pemikiran anak-anak anda. Anak-anak pun akan turut memahami anda melalui pendapat anda tentang sesuatu perkara, apa yang anda suka dan tidak suka serta sebagainya. Ini penting bagi mewujudkan sebuah ikatan interaksi dan komunikasi yang mesra dan apabila timbul isu-isu personal dan sensitif di rumah, keadaan akan menjadi lebih mudah!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: wan_99@streamyx.com.
 Copyright © 2007 MariBaca Bookstore (KT0186217-W). All rights reserved www.kedaibuku.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:18:15 PM +0800.